Tuesday, September 29, 2009

A.I.D.I.L.F.I.T.R.I 2009

Ramadhan pergi..kini syawal kembali...ku harap ramadhan segera kembali..

Ini syawal kedua kami beraya tanpa ayah.Sayu rasanye hati bile teringatkan ayah...malam raya dah tak dengar suara ayah bertakbir...rindu pada suara dan teletah ayah..gurau senda ayah di pagi raya...Ya Allah..Kau tempatkanlah ayah ku dikalangan orang yang beriman...Amin...

Alhamdullilah..tahun ni kami lebih kuat berbanding tahun pertama beraya tanpa ayah..Tahun ni suara pelat melaungkan takbir raya mengundang suasana gembira di malam raya...Zikri, cucu arwah tok ayah ni sikit sebanyak mewarisi sifat arwah..walaupon belom boleh cakap dengan betul tapi bersungguh die berselawat dan bertakbir..

Tahun ni, keluarga kami bertambah 2orang ahli..aku dapat sorang lagi kakak ipar and ank buah...isteri abg wan n anak ke 2 abg mael..nur aisyah husna..tapi raya kali ni tak sempat lagi beraya ngan nur aisyah husna..mak die berpantang kat terengganu..tak pe lah..moge2 tahun2 yang mendatang family aku akan lebih ceria and gembira. seronok dapat berkumpul ramai2..


Sepuluh jari ku susun memohon ampun dan maaf andai selama perjalanan hidup ku ini, ada mata yang tersilap memandang, telinga yang silap mendengar, mulut yang terlanjur berucap, hati yang silap menduga...ku mohon maaf atas khilaf yang pasti ada..