Saturday, April 24, 2010

KASIH+SAYANG=???

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang
pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu
buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar
kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu
petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu
tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun
rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada
pelajar
tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil
memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang
paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang ,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita
telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut
hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap
dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
berselisih faham dengan seseorang, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak
perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan
baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas


0 comments: