Monday, May 24, 2010

Saya Mahu Tonton ini.....

xsabar nak tengok 2filem ni..tah bile agaknye ade peluang dan ruang nak g..ceh2..budget cam bz gile plak..huhuhu..tapi lately mmg bz sket...sebok ngn keje org...hehehe..keje snd hancus tah kemane..tapi kalo xwat..xdpt pitih...mcm2 da list dlm kpale..huhuhu...xpe2....wait n see huh!!...akan ku usahakan jua..agar aku dpt menonton kalian..ececeh..hopefully sherk lom abes tayang mase aku nak tgk nnt...lagenda bdk setan tu lom kuar g...so maseh ade peluang mencari ruang...hehehe..tunggu yer pwgam2 semua..aku nak melabor wang kat korang ni..huhuhu


~shrek forever after~


~lagenda bdk setan~

Sunday, May 23, 2010

Shahir dinobatkan sebagai juara AF8


Akademi fantasia musim ke8 da berakhir...semalam layan konsert akhir ngn zue n epah.Mujurlah org astro ni dtg pasang cepat..sempat tgk konsert secara life..xyah dok update kat youtube cam selalu..hehehe... Actually..aku bukan la peminat setia akademi fantasia..umah aku kt kg xde astro pon..so aku mmg xupdate sal semua ni..tapi melayankan kawan2 yang dah aku anggap cam adik2 aku ni...aku pon ikot same jadi fanatik utk satu hari..hehehhe....



oleh sbb aku ni mmg suke mengkritik (budget cam hebat sgt..huhuhu), sepanjang konsert mulut aku ni xdiam mengomen org...Tapi malam ni tibe2 aku terjatuh cinta ngan shahir..and aku suke sgt die menang..hehehe...mybe gak pengaroh pade lagu baru die yg aku slalu sgt dgr setiap hari kat umah aku ni..(credit to zue..hehehe)...but actually, mmg best pon lagu tu..sayu jer..bagi mereka2 yg ade taman dlm hati n rama2 dlm perot..hehehe....satu je yg xbest mase tgk shahir perform..baju die xsesuai btol la..potong mood tol..huhuhu...tp die still cute..(ayat poyo peminat fanatik).hahaha..



Performance semua finalis bagi aku sume ok2 je...lagu 1st yang adira bwk..aku same pendapat ngn ning..sbb lagu tu semua org tau..then org mst budget org yg smpaikan lagu tu gedik2 gile..tapi die kurang urmmp kat situ..lagu baru best..suare die ade ala2 suare org indon sket...hehehe..



Lagu baru maulana sgt sesuai ngn die...aku suke...hehehe...tapi performance die boring sket...paling bersemangat performance si daus..asek melompat je..smp aku rase seram sejok..takot die terjatuh..hehehe...



lagu baru dorang semua aku suke...kebahagiaan dalam perpisahan (shahir), ku ada kamu (adira), kenapa(daus), rsvp(maulana) n vip (iwan)...enjoy...tapi lagu iwan tu mase die perform aku xsuke sgt tapi bile dgr klip video die baru aku rase sbnrnye lagu tu best..hehehe...



Sedih aku tgk babak2 terakhir konsert tu..bile tgk dorang nanges sambil didendangkan lagu yg sedey si shahir tu...tapi xde la smp aku pon nak nanges same..cume cam rase xbest sbb da abes...sdgkan aku baru mule nak suke shahir..hahahaha...hampes gile...

Wednesday, May 19, 2010

ADAMAYA



Pegi maane2 pon org dok sibuk cakap pasal cite Adamaya ni..Bsr pengaroh cite ni..Mule2 dulu aku pon xfollow..tapi last2 aku pon same fanatik ngn org laen..pas abes last episod aritu trs tgk on9 dr mule episod smp abes..ngeh2...gile fanatik kan..huhuhu... komedi romantik..aku rse sume org pon suke genre ni...so xheranla aku pon tergolong dlm kumpulan tu..hihihi....

Paling menarik dlm cite tu ialah watak adam tu..dah la hensem..kaye..baek pulak tu..ade g ke lelaki camtu zaman skang ni???aku rase adam tu macam arwah ayah aku..tapi mak aku xla cam si maya tu..hehehe..

Satu g yg wat org suke sbb si amani yang comel tu..cam sesuai je nak jadi ank kepada lisa(maya) ngan si sein(adam)..huhuhu..tapi apakan daya..itu cume dlm lakonan drama..

sinopsis cite:
Berkisarkan tentang perkahwinan pasangan muda Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.



Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

di pengakhiran cerita ada babak sedih tapi akan berakhir dengan happy ending..sesuai dengan kehendak penonton..dan oleh sebab tu aku rase cerita ni jadi sweet dan besar pengaruhnya..hehehe


amani yang chumel...aku suke..heheehe..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Banyak sambutan yang dibuat pada bulan May...1 May hari Buruh..Sabtu minggu ke dua dalam bulan May sambut hari Ibu...harini 16 May...Hari Guru...Selamat Hari Guru kepada semua Guru2 seluruh Malaysia..especially cikgu2 yang pernah menabur ilmu pada anak murid yang nakal ini..huhuhu....

Kenapa kena sambut hari guru???hmmm...soklan ni xla susah sgt nak jawab..kalau ditanye kat sume orang pon mesti leh kasi jawapan standard..hehehe...of kos la jawapannye sebab utk menghargai jasa dan pengorbanan guru, cikgu, pensyarah2,malah semua yang bergelar pendidik...Hari Guru sebenarnya memberi peluang kepada guru2 semua utk meningkatkan prestasi dan membuka mata kepada golongan masyarakat tentang peranan guru...


Pendapat peribadi aku..sbnrnye jadi cikgu mmg bukan satu tugas yang mudah..besar sgt pengorbanan nya..bukan senang nak jage n didik anak org..tambah g pada zaman yang serba mencabar ni..bdk2 da semakin ganas...baru jentik sikit..da mengamok mak bapak die..kalau tak ditegur nanti..rosak lak generasi masa akan datang....

Tugas cikgu kat sekolah mungkin lebih berat berbanding pensyarah2 kat universiti.. sbb cikgu kat skolah tu tugasnya mendidik anak bangsa ni supaya tahu berfikir mase bsr nanti..membentuk anak murid supaya xtersilap pilih jalan...beratkan??berbanding dengan pensyarah...lebih kepada mengajar ape yang anak murid xtahu dan ketika itu anak murid da pandai pikir sendiri..tapi xbermakne xmancabar..kalau dapat anak murid yang besar kepale dan xmakan diajar..pening kpale gak dibuatnye...

Kata pujangga, Guru ibarat lilin yang membakar diri utk menerangi org laen...Besarnya pengorbanan seorang guru dalam membentuk generasi yang seimbang...Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia...Jasamu dikenang..Terima Kasih Cikgu

"Cikgu....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU"

Whats are Friends For


aku dan epah



aku dan zue

Hampir 5tahun kita saling mengenali...terlalu banyak perkara tentang aku yang sudah korang tahu...kisah aku..perilaku aku..sikap dan karenah aku...terima kasih teman..kerna sering ada saat aku memerlukan...




credit to ise..for all the pictures...

Friday, May 14, 2010

Robin Hood 2010



Sebut je Robin Hood, semua orang tahu..Lagenda dari negara asing yang sangat terkenal. Seperti yang diketahui ramai, Robin Hood adalah seorang pemuda kampung yang hidup sebagai seorang petani. Bagaimanapun, beliau dianggap seorang wira oleh penduduk kampungnya terutama orang-orang miskin kerana sering menghulurkan bantuan. Bantuan yang diberikan adalah hasil daripada rompakan daripada orang berada. Begitulah sedikit sebanyak kisah Robin Hood yang kita kenal.

Filem Robin Hood versi 2010 ni mengisahkan latarbelakang si robin hood ni sebelum menjadi lagenda. Robin Hood lakonan Russell Crowe kembali kampung halamannya di utara England. Dalam perjalanannya ke sana, beliau terserempak dengan askar British yang dibunuh oleh tali barut askar perancis iaitu Godfrey. Bagaimanapun barangan berharga iaitu mahkota yang dibawa oleh askar British itu diselamatkan.


Robin Hood kemudiam yang memasuki England dengan menyamar menjadi salah seorang askar British yang bernama Sir Robert Loxley. Dia membawa mahkota tersebut kepada pengganti raja yang tidak bertanggungjawab.

Pada ketika tentera Perancis datang untuk menawan Britain, Robin Hood menjadi tonggak utama mengepalai tentera sehinggalah Perancis menyerah kalah. Dengan sikap raja yang bongkak dan kejam, dia menuduh Robin Hood sebagai perompak harta istana dan juga menjadi punca kecelaruan yang berlaku di dalam negara.


Beliau bersama-sama isterinya Lady Marion terpaksa menyembunyikan diri di dalam hutan. Tetapi kerja-kerja amal yang dilakukan sebelum ini tidak terhenti disitu. Beliau masih lagi menjadi tempat untuk mengadu nasib bagi orang-orang miskin.

Sejam pertama menonton, memang terasa boring sebab jalan cerita yang mendatar..tapi diselamatkan dengan aksi pertempuran yang agak menarik..Bagi aku, keseluruhan cerita boleh dikatakan menarik. Apa yang mengkagumkan aku dalam cerita ni ialah lokasi penggambaran dan kostum yang diorang pakai...



Untuk filem ni aku kasi ***

maKan Free..nyummy..


Terima kasih ijan utk nasi lemak sambal udang yang sedap...=)

Semalam pagi2 lagi si ijan dah kol aku...katenye nak masak nasi lemak smbal udang utk berkelah kat mbmb malam ni...tu sume gara2 tgk gambar nasi lemak sambal sotong n sambal udang yang aku and zue masak dulu...upload pic kat dlm fb wat sume org yg tgk terliur..huhuhu..tu blom rase g tu..hebat x??hehehe...

tapi pape pon best sbb dpt bkelah g macam tu..lame dah rasenye xmkn ramai2 kat tmpt2 terbuka sejak meningkat usia ni..hehehe...nasi lemak sambal udang yang best..walaupon pedas tapi sedap...pandai ko msk ijan..ikot selera aku betol..huhuhu



thanks ise..always jadi cameraman yg best..hehehe...

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu


Sejak aku kecik, aku tahu tugas seorang mak bukanla mudah..mulianya seorang mak...menggalas semua kerja macam semuanya tak terbeban utknya.penuh ikhlas dan kasih.mulianya seorang mak..tak kiasahla ape pon gelaran yg dipakai. Mak,ibu,ummi,mama,or mummy..makna nya tetap sama.Peranan dan tugasnya juga tetap sama.

Emak telah menjaga aku, ayah,dan adik beradik yang lain dgn baik sekali. aku tidak berani nak cakap kalau dia tidak pernah berbuat apa-apa untuk aku, padahal aku telah menumpang di dalam perutnya utk jangka masa yg agak lama. Bayangkanlah beban yg ditanggungnya ketika itu. Layak ke aku marah kalau dia x mampu untuk menunaikan beberapa permintaan aku?

xbley..xbley..xbley sma skali.aku hanyalah seorang anak. Dan sebagai seorang anak..aku wajib mentaatinya..

Tanpa mak siapalah kita.Sehebat mane pon individu itu,andai tiada kasih dan sayang kepada mak sendiri, tak berharga hidopnya.Hakikatnya, syurga itu terletak dibawah kaki Ibu..

Selamat Hari Ibu mak...Ampunkan tiap dosa ku pada mu...Terima kasih atas jasa2 mu yg xterhitung. Melahirkan,menjaga,mendidik dan menjadikan aku seperti sekarang...jue sayang mak...

Aeman - Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

[ thanks to habbo.application[at]yahoo.com.sg for submit this lyric]

powered by lirik lagu indonesia

Friday, May 07, 2010

Dua tahun berlalu tanpamu...















Tanggal 6 may 2008,ayah pergi meninggalkan kami semua...sedih yang tak terungkap ..betapa sayu hati menerima perkhabaran itu...Alangkah sedihnya tatkala kaki melangkah ke dalam rumah..melihat sekujur tubuh yang telah kaku..tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan waktu tu..

Harini 6May 2010, dah 2 tahun arwah ayah pergi menghadap Ilahi..Tapi terasa bagai semalam semua ni berlaku...tak ada lagi gurau senda arwah ayah waktu sarapan pagi..tak ada lagi muka merah arwah ayah menahan ketawa bila anak2 menyakat..rindu sgt pada arwah ayah...

Arwah ayah adalah lelaki terbaek yang pernah jue jumpa.Seorg ayah yang tak pernah sekali pon mengangkat tgn kepada anak2 atau isteri nya...seorang ayah dan suami yang penuh kasih dan sayang...seorg suami yg sentiasa memaafkan isteri dan anak2 nya kerna tidak mahu isteri mahupon anak2 nya berdosa..jue sendiri tak tahu macam mana nak menggambarkan keperibadian arwah ayah..betapa jue mengagumi arwah ayah... sikap,perilaku segala yang ada pada ayah,susah nak dicari ganti..



Ya Allah, Ampunkan segala doa Ibu dan Ayah ku, KAU rahmatilah mereka..lapangkan kubur ayahku..Tempatkan ayahku bersama org2 yg beriman...Beri pelindungan dan kekuatan buat ibu dan adik beradik ku..satukanlah hati2 kami Ya Allah...sesungguhnya, hanya PadaMu aku berserah....amin...


Suatu Masa
M Nasir
Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

apakah kau rasa apa yang ku rasa..

Tuesday, May 04, 2010

HIDUNG & KARAKTER DIRI


1)HIDUNGNYA AGAK BESAR YER!!!
org yg de idong besar dikatakan seorg yg mudah sensitif terhadap apa sje yg berlaku diesekeliling..diorg juge mempunyai sikap negatif seperti berat tulang dan lmbt bertindak..dalam mase yg sama, golongan ni gak mempunyai nafsu yg agak hebat..

2)BULAT BENTUK IDUNGNYE!!
seorg yg agak pintar dlm bergaya.xkisahla laki ke pompuan.dikatekan jugak org yg berhidong bulat ni seorg yg serius dan gemar memikirkan hal yg dianggap remeh.

3)HIDUNG KECIK DAN TERLETAK
seorg yg mempunyai akal dan fikiran yg pantas dan cerdas.pada masa yg sama peka terhadap apa yg berlaku disekeliling..selalu jdi perhatian...

4)HIDUNG JAMBU AIR
seorg yg positif pemikirannya.selalu optimis terhadap semua perkara.tapi sgtla boros.

5)HIDUNG MANCUNG BAK SELUDANG
slaunye dikatekan org yg ade idong cam ni seorg yg ego tinggi dan agak mementingkan diri snd.

6)HIDUNG BESAR TAPI LUBANGNYE KECIK.
org yg xteguh pendirian dan prinsip.mudah terpengaruh dgn hasutan dan adakalanya lebih rela ikot saja yg diarahkan tnpa meluahkan apa2 ketidakjpuasan hati...

7)HIDUNG MANCUNG DAN RUNCING
org yg aktif dan xleh dok diam.sangat petah bercakap atau melontarkan pendapat..

sila check idong anda dpn cermin skang...korang dalam katogeri yg mane???=P



credit:majalah remaja

Sunday, May 02, 2010

The Loser



Best..wajib tengok bagi sape2 yg lom tgk g cite ni..kalo suruh aku taruk bintang, aku kasi 5bintang penoh..sbb sies cite ni best.enjoy la bagi golongan yg suke tgk cite action cam aku nih.

The loser mengisahkan tentang pengkhianatan dan dendam..sepasukan Khas elit dihantar ke hutan Bolivia utk memusnahkan misi. Clay, Jensen, Roque, Pooch dan Couger tersedar yg sbnrnye diorang tu target utk misi yg berbahaya yg diketuai oleh Max.


Utk menyelamatkan diri, dorang cipta satu keadaan yg seolah2 dorang dah mati.tbe2 dtg sorang minah bname aisha.minah ni nak bekerja same ngn dorang utk kembalikan life dorang cam dulu and hapuskan misi si Max yg sgtla kejam. Max ni nak cipta alatan perang yg berteknologi tinggi..kiranya kalau dorg dpt hapuskan misi si Max ni dorang dapat slmtkan dunia la...

Sbnrnye cite ni simple je..tapi cara cerita ni sampaikan menarik..even kite da leh agak jln cite die tapi still gak nak tgk n rase cam xpuas tgk sekali..hehehe..bagi yg lom tgk...g la tgk..best...huhuhu..

Saturday, May 01, 2010

Orang Jahat Yang Menipu..


Marah tol aku ngan manusia yang suke mngambil kesempatan ats kesempitan org laen...manusia camni pon ade dlm dunia..ish2....

Sebenarnye, aku skang ni dok sebok2 nak cari keje so searching la jawatan kosong kat dlm tenet...nak dijadikan crite..1day aku jumpe la satu iklan keje kosong sbg jurutaip..tapi gaji nye mencecah rm3800..fuh..tgk jumlah angka je leh juling mate aku...then aku yg lurus lagi bendol ni pon send la email kat org yg berkenaan..then dorang reply cenggini...


Pemohon Sekalian,

Terima kasih kerana memohon.
Dengan bangganya, kami ingin memaklumkan bahawa, permohonan anda untuk bekerja dan seterusnya mendapat bayaran dari kami adalah dengan ini DITERIMA.

TAHNIAH!!!
Anda akan dibayar berdasarkan pekerjaan yang anda lakukan untuk kami seperti:
1- Menghantar email iklan bagi pihak kami
2- Kerja-kerja perkeranian berkaitan penghantaran iklan
3- Melayari internet Untuk kami dan mendapat bayaran
4- Atau anda beritahu kami kebolehan anda dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anda

Kerja-kerja ini yang 99% adalah berdasarkan kerja MENAIP,adalah mudah dan senang untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Selain itu, kami juga menawarkan latihan & tunjuk ajar secara on-line bagi mereka yang memerlukan, dan ia adalah PERCUMA. Ini secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda dibidang IT dan Internet.

BERAPA BANYAK BAYARAN YANG ANDA AKAN PEROLEHI???

Itu semua terpulang kepada anda. Jika anda rajin dan berdedikasi, pulangan sebanyak USD1000 atau RM3,800 sebulan/mingguan/harian tidak menjadi masalah.

Untuk Proses Pembayaran, kami akan melakukannya pada setiap 15th hb setiap bulan ke akaun bank anda. Butiran lanjut mengenai akaun bank anda akan kami minta sebelum anda memulakan tugasan nanti.

Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dengan akaun bank luar pesisir melalui internet seperti Paypal, Stormpay dan sebagainya, untuk memberi lebih perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan anda

Kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang, peluang kenaikan pangkat kepada Penyelia (Supervisor), Pengurus dan sebagainya juga ada disediakan.

Program Kerja Menaip yang kami sediakan ini pada dasarnya adalah percuma, tetapi disebabkan beberapa kerenah pekerja terdahulu seperti meninggalkan tugasan yang diberi separuh jalan dan tidak bersungguh-sungguh, maka pihak pengurusan syarikat sepakat utk memperkenalkan Konsep deposit wang Cagaran (refundable deposit) kepada semua bakal pekerja baru.

Melalui konsep ini setiap peserta yang benar-benar berminat, dikehendaki untuk membuat bayaran deposit wang Cagaran (refundable deposit) sebanyak USD20.00 atau RM50.00 dimana wang yg dibayar ini akan dipulangkan balik kepada anda sebaik sahaja pendapatan bulanan anda mencecah RM100. Jumlah ini bolehlah dianggap kecil jika dibandingkan dengan perolehan bulanan anda nanti yg boleh mencecah sehingga RM3,800 sebulan.
Kami percaya melalui tugasan pertama sahaja anda sudah mampu untuk mencapai had minima yg ditetapkan ini dan seterusnya memperolehi kembali wang cagaran beserta pendapatan bulanan anda itu nanti.

Diharap anda memahami kedudukan kami yang terpaksa melayan ratusan pelanggan setiap hari.

Dari itu, hanya mereka yang berminat, dan mempunyai keinginan yang tinggi SAHAJA akan diberi TUGASAN ini.

Jadi Buktikanlah kesungguhan anda dalam menerima pekerjaan ini.

HARUS DIINGAT JUGA!!! TAWARAN KERJA MENAIP INI HANYA SAH UNTUK TEMPOH 3 HARI SAHAJA, BERMULA DARI TARIKH SURAT INI DIHANTAR, KEPADA ANDA.

Kami menanti pengesahan dari anda.

Terima kasih



Norhazlin Ibrahim
Autumn Paradise Sdn Bhd
http://autumnparadise.teach-nology.com/


Nota: Jika masih tidak jelas dengan penjelasan yang diberikan, saya ingin mempelawa anda, untuk mengikuti – “Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQs) Oleh Pemohon-pemohon yang lalu dibawah ini.




BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN PEMBAYARAN DEPOSIT WANG CAGARAN (REFUNDABLE DEPOSIT)?

1- Jika anda berada di Malaysia , Brunei , Singapura dan Filipina, Anda boleh melakukan pembayaran terus ke akaun seperti dibawah ini:
BANK : MAYBANK
ACCOUNT NO: 562553402447
TO: NORHAZLIN IBRAHIM
JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00

atau

BANK : CIMB
ACCOUNT NO: 14060540697526
TO: NORHAZLIN IBRAHIM
JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00


SETELAH ANDA MENYELESAIKAN PEMBAYARAN DIATAS, SILA EMAILKAN KEPADA SAYA BUTIRAN SEPERTI BERIKUT SECEPAT YANG MUNGKIN:

1- TEMPAT BAYARAN DIBUAT
2- TARIKH DAN MASA BAYARAN DIBUAT
3- NO RESIT ATAU NO REFERENCE PEMBAYARAN

SELAIN ITU, SILA SIMPAN SLIP PEMBAYARAN UTK TUJUAN PENGESAHAN KELAK (JIKA DIPERLUKAN)

SETERUSNYA SAYA AKAN MENYEDIAKAN TUGASAN/KERJA MENAIP UNTUK ANDA LAKUKAN DENGAN SECEPAT YANG MUNGKIN SETELAH MENGESAHKAN PEMBAYARAN BERKENAAN DIBUAT DAN ANDA JUGA BOLEH MEMULAKAN KERJA PADA HARI YANG SAMA.

Terima Kasih.

xpuas ati tol aku...apsal mule2 xckp nak kena deposit2 bagai...pantang aku org suke ckp belit2 nih...oleh sebab aku musykil, aku google la company nih..tapi feedback yg aku dpt..sumenye negatif...alhamdullilah aku xcepat sgt nak bertindak.terselamat aku dr skim penipuan ni...

kalau difikirkan secara positif, dr pengorbanan RM50 leh dpt RM3K adalah mustahil..tapi sbb jumlah duet yg besar tu wat org jadi gelap mate..tambah g org yg memang ngah bersungguh2 nak cari duet...

moralnye kat sini, hidop ni penoh cubaan dan dugaan.xde bnd yg leh kite percaya..ni semua sbb nak kaya ngan cara mudah...hmmm..jln yg terbaek ialah..cari duet kite snd dari tulang 4 kerat yang diberikan TUHAN. ganjaran yg jelas atas usaha yang kite da taburkan..itu lebih meyakinkan..Insya'allah...