Wednesday, May 19, 2010

ADAMAYA



Pegi maane2 pon org dok sibuk cakap pasal cite Adamaya ni..Bsr pengaroh cite ni..Mule2 dulu aku pon xfollow..tapi last2 aku pon same fanatik ngn org laen..pas abes last episod aritu trs tgk on9 dr mule episod smp abes..ngeh2...gile fanatik kan..huhuhu... komedi romantik..aku rse sume org pon suke genre ni...so xheranla aku pon tergolong dlm kumpulan tu..hihihi....

Paling menarik dlm cite tu ialah watak adam tu..dah la hensem..kaye..baek pulak tu..ade g ke lelaki camtu zaman skang ni???aku rase adam tu macam arwah ayah aku..tapi mak aku xla cam si maya tu..hehehe..

Satu g yg wat org suke sbb si amani yang comel tu..cam sesuai je nak jadi ank kepada lisa(maya) ngan si sein(adam)..huhuhu..tapi apakan daya..itu cume dlm lakonan drama..

sinopsis cite:
Berkisarkan tentang perkahwinan pasangan muda Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.



Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

di pengakhiran cerita ada babak sedih tapi akan berakhir dengan happy ending..sesuai dengan kehendak penonton..dan oleh sebab tu aku rase cerita ni jadi sweet dan besar pengaruhnya..hehehe


amani yang chumel...aku suke..heheehe..

0 comments: