Friday, May 14, 2010

Robin Hood 2010



Sebut je Robin Hood, semua orang tahu..Lagenda dari negara asing yang sangat terkenal. Seperti yang diketahui ramai, Robin Hood adalah seorang pemuda kampung yang hidup sebagai seorang petani. Bagaimanapun, beliau dianggap seorang wira oleh penduduk kampungnya terutama orang-orang miskin kerana sering menghulurkan bantuan. Bantuan yang diberikan adalah hasil daripada rompakan daripada orang berada. Begitulah sedikit sebanyak kisah Robin Hood yang kita kenal.

Filem Robin Hood versi 2010 ni mengisahkan latarbelakang si robin hood ni sebelum menjadi lagenda. Robin Hood lakonan Russell Crowe kembali kampung halamannya di utara England. Dalam perjalanannya ke sana, beliau terserempak dengan askar British yang dibunuh oleh tali barut askar perancis iaitu Godfrey. Bagaimanapun barangan berharga iaitu mahkota yang dibawa oleh askar British itu diselamatkan.


Robin Hood kemudiam yang memasuki England dengan menyamar menjadi salah seorang askar British yang bernama Sir Robert Loxley. Dia membawa mahkota tersebut kepada pengganti raja yang tidak bertanggungjawab.

Pada ketika tentera Perancis datang untuk menawan Britain, Robin Hood menjadi tonggak utama mengepalai tentera sehinggalah Perancis menyerah kalah. Dengan sikap raja yang bongkak dan kejam, dia menuduh Robin Hood sebagai perompak harta istana dan juga menjadi punca kecelaruan yang berlaku di dalam negara.


Beliau bersama-sama isterinya Lady Marion terpaksa menyembunyikan diri di dalam hutan. Tetapi kerja-kerja amal yang dilakukan sebelum ini tidak terhenti disitu. Beliau masih lagi menjadi tempat untuk mengadu nasib bagi orang-orang miskin.

Sejam pertama menonton, memang terasa boring sebab jalan cerita yang mendatar..tapi diselamatkan dengan aksi pertempuran yang agak menarik..Bagi aku, keseluruhan cerita boleh dikatakan menarik. Apa yang mengkagumkan aku dalam cerita ni ialah lokasi penggambaran dan kostum yang diorang pakai...



Untuk filem ni aku kasi ***

0 comments: