Sunday, August 29, 2010

Dari Jauh ku Pohon Maaf

26hb Ogos 2010, jam 10pm aku selamat smp ke rumah mak..Alhamdulillah..perjalanan yang mudah dan menyeronokkan...sempat bershopping ngan aznor kat mydin sebelum bergerak dr melaka..pastu bershopping ngan mr froggie pulak kat putrajaya..seronok sgt menjamu mata n menipiskan poket..HAHA...berbuka puasa dengan berbekalkan kurma dan air yogurt dalam kereta bersama org tersayang...menjadi moment2 terindah utk dikenang sepanjang perhubungan...ACECE..


Oleh sebab aku blk kampong terlalu awal, aku xsempat nak memenuhi mane2 plan berbuka puasa...Plan berbuka puase ngan bdk2 lab pon asek tertangguh2.Maybe nak tunggu puase sunat pas raye nnt kot...HUHU...Dari minggu pertama puasa asek bercerita sal nak berbuka puasa sama2..tapi bila Epah da set, semua org pon macam mls2 je nak g...HAHA...mungkin masanya kurang sesuai agaknya...aku pon xtau...Apepon aku berharap semoga Epah xserik merancang...Tiap kali berlakunya kegagalan dalam perancangan...kita kena percaya,Manusia hanya merancang, Tapi Allah punya perancangan yang lebih baik...

Walaupon masih ade lebih 2 minggu kita nak sambot raya, aku dah punya rasa nak memohon ampun dan maaf kpd sekalian makhluk Allah yang mengenali diriku yg kudus ni...HUHU...


Maafkan tiap perlakuan ku yg dah melukakan kalian,

Maafkan tiap pertuturan ku yg dah menyakitkan hati kalian,

Halalkan tiap makanan dan minuman yang terjamah,

Halalkan tiap ilmu yang ku kutip,

Semoga Aidilfitri dapat menyuburkan hubungan silaraturrahim kita sesama insan...

Dengan ingatan yang tulus ikhlas...

Dari jauh ku mohon kemaafan...

Salam Aidilfitri....

Maaf Zahir dan Batin...

Thursday, August 26, 2010

corat-coret

Salam Ramadhan semua...esok i'm going home for raya celebration..HUHU...walaupon raya lambat lagi tapi dah nak blk kampong dengan segera..bukan kah seronok begitu???Macam segala tugas yang ada da siap je...sedangkan masih banyak yang tertimbon..HEHE...

Oleh sebab PC xdibaiki lagi, so da xde mood nak buat keje...walau pon sbnrnye itu hanyalah alasan...sebabnye???sebabnye PC kat lab masih boleh dipakai...malah menulis entry ini juge die lab..dengan jaya nye saya menulis...HUHU...Canggih mane pon PC lab, mane nak same PC sendiri....bukan kah begitu???

Mood nak balik kampong sedang mebuak2... =)

Thursday, August 19, 2010

Sempena Ramadhan ini...

SEMPENA RAMADHAN INI...

JANGAN CURI2 .....

JANGAN BUAT .....

JANGAN BUAT ......

JANGAN ASIK ......

JANGAN ASIK AJE

BANYAK2 LA BERSABAR......

MESTILAH SENTIASA
.........

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA...

MMMUUUAAAHHH....

Tuesday, August 17, 2010

S.E.R.A.B.U.T

Serabotnye kepala hotak aku skang ni...PC rosak...ape keje pon cam xde mood nak wat..semalam berusaha ise, epah n kadri tolong godek2 ape yg patot kat lab...tapi untill arini xdpt nak solve the problem...so, aku decide nak g anta kedai jelah esok...adus....melayang g lah RM nmpknye...

time2 ngah serabot ni mulalah macam2 yang aku nak pikir utk tambah menyerabotkan kepala..HAHAHA...stress tol aku nih...erm...mungkin aku kena muhasabah diri..byk sgt dosa kot..HEHE..

Wednesday, August 11, 2010

Tazkirah Ramadhan

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan Karim..

Ramadhan akan menjelma esok, kedatangannya membawa
seribu rahmat untuk orang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi
keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang
bertakwa.

'Ya Allah, berkatilah kami dibulan Sya'ban ini dan sampaikanlah kami
di bulan Ramadhan al-Mubarak.'


Sudahkah sahabat persiapkan diri dan hati untuk menyambut kedatangan Ramadhan?
Adakah sahabat merasa gembira atau resah bila kehadiran Ramadhan?
Nabi s.a.w ada menyatakan sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan ia dijauhkan dari api Neraka.

Tanda orang Mukmin itu, hatinya terpaut pada Ramadhan, jiwa dan perasaannya seronok dan bergembira kerana di bulan inilah ia dapat mempertingkatkan iman dan takwanya kepada Allah s.w.t.,
dilipatkan-gandakan pahala dan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai orang Mukmin kita perlu membuat tiga persiapan penting sebelum kedatangan Ramadhan :

Pertama : Persiapan ilmu tentang Ramadhan.
Membuka kitab mengenai adab-adab puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.Dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan semasa berpuasa.

Syarat Sah Puasa ialah :

1. Islam, tidak sah puasa orang kafir

2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagaimana sembahyang.

3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud : “Di angkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan
daripada orang gila sehinggalah dia berakal“.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya).

Kedua : Persiapan hati dan jiwa

Di akhir bulan Sya'ban ini perlulah kita membuat persiapan hati dan jiwa kita untuk memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Kita merintih dan mengharap belas kasih daripada Allah s.w.t. supaya mengampunkan dosa-dosa kita hingga berlinang air mata.

Imam al-Ghazali berkata, "Orang yang bijak adalah mereka yg merintih dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t sebelum datangnya Ramadhan"

Kita juga perlu meminta maaf kepada ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan sesiapa saja yang telah kita melakukan dosa kepada mereka.

Pesanan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. ketika hadirnya Ramadhan:

"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadhan :

Pertama : Mohon maaf dari kedua ibu bapamu.
Kedua : Mohon maaf sesama suami dan isteri.
Ketiga : Mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka berada disekelilingmu"

Diharapkan masuk saja kita dibulan Ramadhan kita telah bersih dari dosa-dosa besar dan kecil, semoga keberkatan Ramadhan dapat kita miliki sepenuhnya.

Ketiga : Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t.

Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t bahawa kita berazam menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik yang akan kita laksanakan daripada Ramadhan sebelumnya semoga memiliki TAKWA di akhir Ramadhan dengan keazaman :

1. Membaca al-Qur'an 30 juzuk termasuk memahami maknanya.
2..Melaksanakan solat berjemaah 5 waktu di masjid atau surau secara berjemaah.
3. Melaksanakan solat terawih di masjid atau surau secara berjemaah termasuk witir.
4. Mengikuti tazkirah Ramadhan.
5. Tidak meninggalkan solat sunat Dhuha.
6. Memperbanyakkan sedekah
7. Sentiasa berwudhu'
8. Melaksanakan solat sunat Tahajjud.
9. Memperbanyakkan berdo'a siang dan malam.
10. Meninggalkan semua perkara yang membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa.
11. Menambahkan amalan-amalan sunat di sepanjang bulan Ramadhan membaca al-Quran samaada siang atau malam dan amalan sunat yang lain

Sahabat yang dihormati,
Takwa adalah kekuatan dalaman anugerah Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas beribadah semata-mata mencari keredhaan-Nya, semakin tinggi takwa kita, maka semakin hampir dan mulia kita di sisi Allah s.w.t.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, " Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) di jauhi dosa-dosa besar."

Jadikanlah madrasah Ramadhan ini untuk kita bersihkan hati dari dosa-dosa dan jinakkanlah nafsu yang liar supaya ia mengikut arahan iman, berlapar penting untuk menjinakkan nafsu.

Apabila puasa mengikut sunnah Nabi, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim akan lebih teliti dalam tindak tanduknya. Apabila sahabat berpuasa, puasalah segala-galanya;

Berpuasa pada perut ialah tidak makan dan minum,
Berpuasa pada lidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat,
Berpuasa pada telinga ialah tidak mendengar muzik yang melalaikan,
Berpuasa pada mata ialah tidak memandang perkara yang boleh memabawa kepada dosa
Berpuasa pada kaki dengan tidak menuju ke tempat maksiat dan sia-sia.

Jagalah masa, tinggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Bila dimarahi, bersabarlah dan katakanlah 'saya sedang berpuasa' Gunakanlah masa untuk membaca al-Qur'an, berzikir, berselawat,
solat-solat sunat. Tambahkanlah ilmu dengan membaca hadis, tafsir al-Qur'an. buku-buku
ulama' muktabar dan hadirilah mana-mana majlis ilmu yang bermanfaat.

Sahabat,
Banyakkanlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah, kerjakanlah solat tarawih sepenuhnya termasuk solat sunat witir. Janganlah saudara merasa beban dengan ibadah sunat, kerana sesungguhnya satu amalan sunat yang di kerjakan akan mendapat pahala satu amalan fardu, dan satu amalan fardu akan digandakan Allah s.w.t kepada 70 kali ganda. Inilah rahmat Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya, di bulan yang mulia
ini.

Sahabat,
Intai-intailah malam lailatul qadar kerana di malam ini amalan kita lebih baik dari seribu bulan.

Oleh itu janganlah di sia-siakan 10 malam terakhir, asingkanlah diri dan beriktikaf di masjid untuk menumpukan ibadahmu kepada Allah, semoga Ramadhan tahun ini kita akan bertemu lailatul qadar, ketika kedatangannya kita sedang berdo'a dan bermunajat.

Sahabat,
Ingatlah, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi 'orang baru' kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan, nescaya umatku berangan-angan setahun itu kesemuanya Ramadhan."

Akhir kata, mulai sekarang, marilah kita sama-sama membuat persiapan serapi mungkin. Mungkin kita boleh membuat jadual harian sebulan penuh apakah bentuk amalan dan ibadah yang akan dilaksanakan. Anggaplah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik yang akan kita laksanakan dalam rangka mencari keredhaan Allah s.w.t


Allahu'alam..

Friday, August 06, 2010

Selamat Berpuasa to all...

I'm going home tommorrow...aku nak straight cuti smp pose nnt..nmpknye aku biarkan je lah keje2 aku yang mmg xpernah abes tu..ngeh3...tak sempat lah nak kejar wat paper...da nak due baru sebok nak wat..pdn muke aku...huhuhu..


Tak sabarnye nak puase...nak bersahor n berbuka.. sambot puase kali ni kat umah...aku nak cuti lame... ahd depan baru nak blk mlake..best sket dok kat umah.. leh bsahur n bbuka ngan mak...hehehee...

Azam baru bulan puase ni ape yer???...Hmmm...aku ni masok bulan ape pon asek nak ade azam tapi aseklah camtu aje..hehehe...harapkan azam je tinggi melanget..hahaha..tapi harap2 bulan puase kali ni akan jadi yang lebih baek dr tahun2 dulu... hmmm...harap2 tahun ni aku ade kwn sahur mase blk mlake nnt...every year aku slalunya sahur sorang2..sbb mmber2 serumah ngn aku ni jarang2 bangun sahur.. bagi aku plak, bukanlah xleh nak pose kalau xsahur..tapi mase dalam bulan ramadhan ni best sgt bersahur...aku pon xtau nape..tapi ade feel..huhuhu... Satu g yang best bile masok bulan pose nih... Solat Terawih...bile smp bulan pose ni mula la sume orang dok cari buku panduan solat sunat terawih..tiap2 tahun beli buku baru..sbb tahun lepas punye buku da letak tah kemane..hehehe... tpi xpe, tu sume adelah usaha nak rapatkan diri ngan Pencipta kita..Bulan ramadhan kan bulan penuh rahmat...memang kena berebot mperbykkan amalan... insyaallah...hmm..da beli buku tu kena lah amalkan..jgn letak je buku tu smp berhabok kat ats rak..heheh...wah...aku da mcm ustazah plak..hehehe...

ape lagi ye nak ngomel sal bulan pose nih???..hah..nnt nak g bazar ramadhan yg mane ek???sbb byk sgt bazar ramadhan kat melaka nih..hehehe..semester ni, mesti kalot nak g bazar ramadhan ngn zue,, aznor,ijan, ise,bai and epah(sekali-sekala je)..korang tu kan peneman setia aku..kemane2 pon asek lah nak bersame..hehe...i really hope, this friendship may be lasting forever.....lame sgt dah korang layan karenah aku..tenkiu all...sempena bulan ramadhan yang berkah nak datang nih, ku mohon ampun dan maaf kat korang sume andai kata aku dah berbuat salah dan dosa ngn korang2 sume yer... aduss..nape cam mode sedey plak nih???..hukhukhuk...rase mau nanges.. mau g tdo lah..hahhaa...alasan tol...sedangkan mate mmg da ngntok.. hehehe.. ok..gnite all...




Tuesday, August 03, 2010

Belajar dari budak

Aku terpanggil untuk menulis entry ni lepas terbaca satu buku motivasi Dr HM Tuah Iskandar.wah...sejak bila plak aku brminat ngn buku2 camni???hehehe...buku tu ise yg pinjam kat library..aku tumpang bace je mase kat lab tadi...halaman pertama yang aku selak tentang "belajar dari budak" .membaca helaian demi helaian wat aku tertarik untuk baca lagi..quiet interesting bukunya...


Menurut buku tu, kalau kita rajin merenung, ada banyak perkara yang kita boleh belajar daripada budak..kalau kita perhatikan,budak2 ni riang ria je memanjang..takde pon nak rase susah hati ke sayu ke...yang dorang tau cuma menyeronokkan diri.. kalau gadoh pon bukanlah gadoh lame2 sampai tak bertegur sapa...pagi gadoh, pagi tu jugaklah baeknyer..xde pon nak simpan dendam...how sweet!!!...

Tapi sejak menginjak usia senja, kita tak lagi macam tu...pantangla silap sket...mula la masam muke smp berhari2..smp xbertegur berbulan-bulan pon ade...sedangkan dalam islam dah ckp, xleh xbtegur smp lebih 3hari..betapa sebenarnya islam itu memelihara persaudaraan...

Belajarlah sesuatu dari budak...ape yang penting ialah "HAPPY". nak marah, marahlah..nak merajok.. merajoklah...tapi jgn lama2...jgn smp simpan dendam kesumat.. kalau nak berlawan pon biarlah yang positive. yang boleh bawa kita pergi jauh meninggalkan mereka yang gagal..

Macam mana caranya nak happy sokmo???senang je sbenarnya...Arwah ayah aku dulu slalu pesan, sentiasalah memaafkan orang laen...sebab dengan memaafkan akan wat hati kita lebih tenang... tak susahkan??tapi ad sesetengah orang susah nak buat... xpe..kena cuba...daripada xpernah cuba langsong..itu lebih baek drpd sepjg hayat kita xhappy sebb sengaja xnak lupe n nak ingat bnd2 yang menyakitkan hati sendiri...

Kalau mengikut kata orang, muka orang yang asek stress je cepat makan dek tua..tapi kalau org yg life die happy memanjang, muke nmpk awet muda...sbb tu lah aku nmpk cantik...hahaha...ape kena mngena???hehehe..

Monday, August 02, 2010

10-1=???

Mungkin bukan rezeki aku nak dapat job tu...xpelah cuba laenkali... even hati ni penoh kehampaan tapi aku kena redha dengan ketentuanNya..aku percaya Dia punya perancangan yang lebih baek utk aku...bukan ke begitu kawan???


Tak apalah..usaha lagi...setiap usaha mesti akan datangkan hasil...pegang prinsip ni..setiap usaha pasti akan ada hasil..samada baek atau buruk hasil tu yang pasti namanya tetap hasil dari usaha..ngeh3..

Sebagai contoh, tanam pokok padi hasilnya mestilah padi. itu hasil yang baek..tapi kalau padi tak menjadi...leh dapat hasil lalang..itu da katogeri hasil yang tak baek..kena tetap teruskan usaha supaya akan dapat hasil yang baek satu hari nanti...

kata pujangga..."Orang bijak sentiasa nampak peluang yang tersembunyi di sebelah masalah, orang bodoh sentiasa nampak masalah yang datang dalam susah".

Peluang datang bersama halangan..satu pintu rezeki tertutup...sepuluh yang laen terbukak.. tinggal nak cari kat mane yang sepuluh tu... come on babe!!..i can do it!! yeahhh... gpon perjalanan ku maseh panjang... byk lagi yg perlu aku tempoh kalau pjg umur ku...insyaallah...

"Ya Allah, permudahkan segala urusan ku di dunia mahupon di akhirat"...amin...

Selamat tambah umor...

Semalam aku g seremban..niatnye nak repair hp kak ida yang rosak..hermmm...melayang lagi duet. dah alang2 kat seremban..g lah jumpa mr froggie kesayangan aku tu..ngeh3...sambil menyelam telan lumut...ade ke gitu??.hakhak..


Setelah sekian lama tak jumpa, akhirnya semalam menjadi detik pertemuan aku ngan ija..last aku jumpa die raya tahun lepas...ni da nak masok pose baru jumpa balik..lame la gak...nak masok setahun dah.. pegi rumah die..dulu die dok skali ngn family die..tapi sekarang ni dia dah dok umah sendiri...nak berdikari..baru terasa cabaran hidop berumah tangga..hehehe... alhamdulillah...aku nmpk die seronok and nampak bahagia sngat...tetibe cam terase nak ade family camtu..ngeh3...

die jempot aku dtg umah die malam ahd...die nak buat birthday party anak die..tapi aku xleh nak datang malam ahd..so, aku dtg lah awl sket..da besar dah ummar...comel sgt..miss him already..tapi ummar xnak sgt ngn aku...die suke ngn mr froggie lebey...pelik aku...slalunye baby suke ngn aku..sbb aku kan cam comel..ala-ala babyface sket..hahahaha...perasan lebih...tapi xpela...i'm really having fun with u ummar dhanie..

Happy birtday to Ummar Dhani b Mohd Hisham...semoga panjang umur dan menjadi anak yg soleh...
-best wishes from mummy and daddy...