Friday, February 18, 2011

Tahniah untuk diri sendiri

Kelmarin aku dpt call dari KUIM panggil interbiu... Semalam, aku pegi interbiu.Start pukol8.30. Nak dijadikan cerita malam semalam aku tdo awl.. epah suroh...supaya bgn keesokan hari aku nampak segar n kemas... tapi tu lah..kita hanya merancang..Allah yang menentukan... Aku bgn lewat pagi tu... nak g KUIM tumpang Bai..die nak gerak pukol7. then aku plak bgn kol 6.50..gara2 kunci jam tlalu awal dr yg selalu..da dgr bunyi jama aku tdo blk...gile x gile..aku bersiap ngn lajunya.. tak pasal bai lambat g keje semalam sbb aku...tapi mujur la punch die xmerah..kalau merah rase besalah jugak aku...

Da kata terlambat tu..aku terpaksa bersolek dlm kete menggunakan ape2 yg aku sempat capai... tapi sayangnye..yg aku capai tu cuma bedak n krim muka... tadi dengan tudung senget benget.. muka xsempat sapu bedak aku lari masok kete bai... hahaha...lucu betul aku nih... sampai KUIM awal. pukol 8..Bai ajak aku g sarapan sementara tunggu 8.30.

Pukul 8.30 aku naek ke tempat interbiu.. da ramai dah kat sana. Interbiu kali ni utk post lecturer, juruteknik n pembantu tadbir.. post yg nak diperlukan segera... Untuk post sama ngan aku, ada 4org.aku sorang je pompuan.. sessi interbiu kali ni buat secara berkumpulan.. nak kata nerbes sgt tu tak la..tapi aku kurang selesa n rasa diri sendiri sgt comot...

Alhamdulillah...syukur pada Allah yg memudahkan segala urusan... lepas abes interbiu aku g lab ngn epah. sebelah petang, aku dapat call... KUIM panggil daftar masok keje ari isnin 21hb Februari 2011. Syukur..yaAllah...

Minggu depan aku mula berkhidmat untuk anak bangsa... semoga aku dapat menjalankan tugas ini dengan amanah... dan misi aku tercapai..

Ya Allah...Ku mohon perlindungan dan pertolongan Mu..Kau permudahkanlah setiap urusan hambamu ini...Aminn...

entry tamat....

all pictures source:google

Teka-Teki Pecah Kepala

Semalam Epah kasii aku n kawan2 laen kat lab try satu teka-teki. Katanya Teka-Teki Albert Einstein. Kalau dari bentuk soalan tu terlihat dengan jelas, contoh teka teki buatan Albert Einstein sangat menuntut logika kita sendiri, bukan trik.

Nah, ini adalah salah satu teka-teki. Dapatkah anda menjawabnya? Baca baik-baik dan kerahkan seluruh kemampuan anda. Einstein mengatakan, 98% penduduk dunia tidak bisa menjawab teka-teki ini. Apakah anda termasuk yang 2 % ???korang pikir dulu..nanti aku kasi jawapan...=)

Siap.. GO......

Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeda. Setiap rumah dihuni satu orang pria dengan kebangsaaan yang berbeda-beda.
Setiap penghuni rumah menyukai jenis minuman tertentu, merokok satu merk rokok tertentu dan memelihara satu jenis hewan tertentu.
Tak satupun dari kelima orang itu yang minum minuman yang sama, merokok satu merk rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

PERTANYAAN : Siapakah Yang memelihara IKAN?

PETUNJUK:

  • Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah
  • Orang Swedia memelihara anjing
  • Orang Denmark senang minum teh
  • Rumah berwarna putih terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna coklat
  • Penghuni rumah berwarna putih senang minum kopi
  • Orang yang merokok PallMall memelihara burung
  • Penghuni rumah yang terletak ditengah-tengah senang minum susu
  • Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill
  • Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama
  • Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
  • Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
  • Orang yang merokok Winfield senang minum bir
  • Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia
  • Orang Jerman merokok Rothmans
  • Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yang minum air.

SELAMAT BERUSAHA...

Monday, February 14, 2011

Aku Keliru Maksud Hati Mu

Bukan melayan perasaan

Tapi cuma terkenang
Ke mana kaki melangkah ada halangan
Walau tiada airmata
Yang mengalir di pipi
Hati menangis tak siapa tahu

Jika ku turutkan hati
Pasti tidak di sini
Sudah lama aku pergi membawa diri
Untuk apaku berundur
Menunjukkan ku kalah
Biarlah masa tentukan segala

Apa yang menjadi ukuranmu
Apa yang engkau mahu dari ku katakanlah
Usah biarkan ku tertanya
Tanpa satu jawapan
Dan bukan menyebabkan
Aku keliru
Tak dapat ku tafsirkan
Apa difikiran mu
Tiada ketenangan ku temui

Bukan melayan perasaan
Tapi cuma terkenang
Ke mana kaki melangkah ada halangan
Walau tiada airmata
Yang mengalir di pipi
Hati menangis tak siapa tahu
Hati menangis tak siapa tahu...

singer: Rozita Izlyn


Train of Trainer

Bermula kisah mase epah jumpe satu iklan job kat mudah.com.. die soh aku apply..then aku apply... 2week after that..aku dpt call...aku dpt job tu..huhuhu...gembira bukan kepalang... org tu plak offer kat aku 1 g kekosongn utk aku ajk mmber join... then aku ajk epah.... =)

job yg aku mksodkan ialah jadi penceramah jemputan utk program PLKN..fuhhh... dasyat tol rasenye bila disebut penceramah jemputan...org yg kerdil ilmu cam kami dpt jadi penceramah... so funny n blur sket... tapi keghairahan melanda...so kami move on jugak...

start masok kem 21-25hb nih..kami dpt kem alor gajah...sebab kem ayer keroh da penoh...xpela...bukan jauh sgt...tapi sebelom nak melangkahkan kaki ke kem..kami kena buat persediaan mental n fizikal dulu..hehehe...sbb tu semua penceramah jemputan diwajibkan myertai Train of Trainer (TOT)...

TOT yg kami join ni berlangsung di Hotel Regency K.L. kat sini kami diberi modul dan gambaran kasar suasana kat kem nanti... dan diberi jugak beberapa tips utk handle kelas di kem nnt.. huhu...excited n takot gak nak masok kem...

kat TOT ni kami berpeluang jumpa ramai manusia yg laen..hehe..manusia yg aku katogerikan punya nilai2 berani bersuara dan tampil ke depan... xmacam manusia2 yg aku jumpa sebelom nih... aku pon bukanlah jenis yg cam tu...so, aku sgt2 tabik spring pada dorg...sbb berani.. patotla dorg jadi penceramah jemputan...hehehe... aku???macam tak layak je..tapi xpe..aku wat diri aku layak..huhuhu....

meet a new friends...bila masok tempat baru mesti la nak kena bina empayar kawan secara meluas... jumpa gak la 2-3 mmber yang kamcing... 2org yg kami jumpa dtgnye dr pantai timur... yg sorg lagi org melaka... Yana,Mimi,Diana.. kalau ada rezeki..kita jumpe lagi utk sessi TOT akan dtg..hehehe...wish of luck for all of u...

minggu dpn kami akan masok kem....good luck diri snd...=)...entry tamat...


Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan..............


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''

Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu ..

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.''

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan,

tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi

berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :

''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Kite Tidak Akan Papa Dengan Bersedekah/...renung2kanlah selamat beramal

ALLAH TAALA TIDAK AKAN MENGUBAH
NASIB SESUATU KAUM ITU MELAINKAN KAUM ITU YANG AKAN MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI..


sumber:email..