Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Banyak sambutan yang dibuat pada bulan May...1 May hari Buruh..Sabtu minggu ke dua dalam bulan May sambut hari Ibu...harini 16 May...Hari Guru...Selamat Hari Guru kepada semua Guru2 seluruh Malaysia..especially cikgu2 yang pernah menabur ilmu pada anak murid yang nakal ini..huhuhu....

Kenapa kena sambut hari guru???hmmm...soklan ni xla susah sgt nak jawab..kalau ditanye kat sume orang pon mesti leh kasi jawapan standard..hehehe...of kos la jawapannye sebab utk menghargai jasa dan pengorbanan guru, cikgu, pensyarah2,malah semua yang bergelar pendidik...Hari Guru sebenarnya memberi peluang kepada guru2 semua utk meningkatkan prestasi dan membuka mata kepada golongan masyarakat tentang peranan guru...


Pendapat peribadi aku..sbnrnye jadi cikgu mmg bukan satu tugas yang mudah..besar sgt pengorbanan nya..bukan senang nak jage n didik anak org..tambah g pada zaman yang serba mencabar ni..bdk2 da semakin ganas...baru jentik sikit..da mengamok mak bapak die..kalau tak ditegur nanti..rosak lak generasi masa akan datang....

Tugas cikgu kat sekolah mungkin lebih berat berbanding pensyarah2 kat universiti.. sbb cikgu kat skolah tu tugasnya mendidik anak bangsa ni supaya tahu berfikir mase bsr nanti..membentuk anak murid supaya xtersilap pilih jalan...beratkan??berbanding dengan pensyarah...lebih kepada mengajar ape yang anak murid xtahu dan ketika itu anak murid da pandai pikir sendiri..tapi xbermakne xmancabar..kalau dapat anak murid yang besar kepale dan xmakan diajar..pening kpale gak dibuatnye...

Kata pujangga, Guru ibarat lilin yang membakar diri utk menerangi org laen...Besarnya pengorbanan seorang guru dalam membentuk generasi yang seimbang...Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia...Jasamu dikenang..Terima Kasih Cikgu

"Cikgu....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU"

0 comments: