Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu


Sejak aku kecik, aku tahu tugas seorang mak bukanla mudah..mulianya seorang mak...menggalas semua kerja macam semuanya tak terbeban utknya.penuh ikhlas dan kasih.mulianya seorang mak..tak kiasahla ape pon gelaran yg dipakai. Mak,ibu,ummi,mama,or mummy..makna nya tetap sama.Peranan dan tugasnya juga tetap sama.

Emak telah menjaga aku, ayah,dan adik beradik yang lain dgn baik sekali. aku tidak berani nak cakap kalau dia tidak pernah berbuat apa-apa untuk aku, padahal aku telah menumpang di dalam perutnya utk jangka masa yg agak lama. Bayangkanlah beban yg ditanggungnya ketika itu. Layak ke aku marah kalau dia x mampu untuk menunaikan beberapa permintaan aku?

xbley..xbley..xbley sma skali.aku hanyalah seorang anak. Dan sebagai seorang anak..aku wajib mentaatinya..

Tanpa mak siapalah kita.Sehebat mane pon individu itu,andai tiada kasih dan sayang kepada mak sendiri, tak berharga hidopnya.Hakikatnya, syurga itu terletak dibawah kaki Ibu..

Selamat Hari Ibu mak...Ampunkan tiap dosa ku pada mu...Terima kasih atas jasa2 mu yg xterhitung. Melahirkan,menjaga,mendidik dan menjadikan aku seperti sekarang...jue sayang mak...

Aeman - Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

[ thanks to habbo.application[at]yahoo.com.sg for submit this lyric]

powered by lirik lagu indonesia

0 comments: