Thursday, April 29, 2010

Gigi oh gigi

Adus...dua tiga ari ni sakit gigi...pergh...susah gile nak makan...time ni baru terase sbnrnye Gigi memang satu harta yg tak ternilai harganya. Mane taknye...xde gigi ssh nak mkn,nikmat nk makan pon hilang. dah xleh nak mkn bnd yg slalunye kite mkn mase gigi elok xbersakit2....oleh sbb gigi aku skt, entry arini pon cite sal gigi..aku search la psl gigi kat tenet..maklomlah teknologi makin canggih...huhuhu..

Teknologi sekarang mmg sgtla maju..kalau xde gigi leh g ganti ngan gigi palsu..tapi xdela same cam gigi yg tulen ciptaan tuhan ni..tapi at least leh gak la membantu ape yg kurang..leh la wat kunyah2 mknanan..walaupon aku blom g ade gigi palsu tapi aku rase memang gigi palsu ni membantu tol.sape yg giginye rongak leh jadi penuh..hehehe.



kalau ikot info yg aku bace kat tenet nih, ade mcm2 jenis gigi palsu yg leh diwat..bergantong pada ketebalan poket anda..huhuhu...gigi yang bagus adalah gigi yang mahal..wah2...dah macam kamera DSLR plak..hehehe..erm...jom kite tgk ape jenis2 gigi dan kaedah rawatan yg ade kat pasaran skang..huh!!mcm nak ajk shopping je..huhuhu....


1)BAJET TERHAD

sape2 yg poket nye kempis, gigi palsu plastik adalah pilihan yang paling tepat.
Gigi palsu ini boleh menggantikan dari sebatang gigi sehingga berapa banyak gigi pun boleh.

kebaikan :
-murah
-tidak perlu membuat apa-apa perubahan kepada gigi lain
- boleh digunakan untuk menguyah makanan tetapi makanan yang liat susah jugak nak putus.
-Jika kena warna dan bentuknya, boleh nampak macam gigi betul

keburukan:
- ia dibuat dari plastik jadi jika jatuh boleh patah
-kena buka pada waktu malam dan direndam dalam air
- tapaknya besar jadi tidak selesa semasa mula memakainya tetapi jika sudah biasa tidak menjadi masalah
- Sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, boleh merosakkan gigi bersebelahan


Proses pembuatan
-boleh dibuat seawal sehari selepas pencabutan gigi ( tetapi boleh menjadi longgar jika gusi tersebut mengecut). Sebaiknya dibuat selepas gusi menjadi rata ( selalunya lebih kurang sebulan selepas pencabutan gigi. Ada yang lagi cepat dan ada yang lagi lambat)
- Pada temujanji pertama, acuan akan diambil untuk membuat model gigi. Proses ini memang kurang selesa sikit kerana ada benda melekit yang akan melekat pada gigi atas dan kemudian gigi bawah. Kena tunggu dalam 1-2 minit untuk benda melekit ini keras dan barulah akan ditanggalkan dari gigi anda. Gigitan anda akan diambil dengan cara menggigit sekeping lilin lembut. Kemudian warna gigi anda akan diambil.
- Jika gigi yang hendak diganti tidak banyak, dan anda mempunyai gigitan gigi yang stabil, maka gigi palsu anda boleh dapat pada temujanji kedua ( biasanya dalam seminggu, tapi jika gigi sedikit boleh diambil seawal 3 hari dan kena bayar lebih sedikit pada lab).
- Jika gigi yang hendak diganti itu banyak ( >5) ataupun gigitan anda tidak stabil, maka anda perlu datang pada temujanji kedua untuk mengambil gigitan. Kemudian temujanji ketiga untuk mencuba gigi palsu itu. Jika anda puas hati, maka pada temujanji keempat anda boleh mendapat gigi anda.

BAJET LEBIH SIKIT

1. Gigi palsu bertapak besi
Bentuknya sama dengan gigi palsu plastik tetapi tapaknya dibuat dari besi.Boleh menggantikan sebatang gigi hingga sebanyak mana yang dikehendaki

Kebaikan
- lebih selesa berbanding yang plastik kerana tapaknya lebih kecil dan nipis
-jika jatuh tidak mudah patah

keburukan
- mempunyai cangkuk yang kadangkalanya nampak semasa senyum
-mahal sikit dari yang plastik , biasanya harga gigi palsu plastik +350 hingga 400

Proses Pembuatan

- Seperti gigi palsu plastik, temujanji pertama untuk pengambilan acuan gigi, warna dan juga gigitan ( jika mempunyai gigitan stabil )
- Temujanji kedua untuk mencuba tapak besi beserta gigi.Jika tidak mempunyai gigitan yang stabil, semasa temujanji ni doktor akan mengambil gigitan anda.
- Temujanji ketiga boleh mendapat gigi anda. Ada pesakit yang mencuba tapak besi beserta gigi pada temujanji ini dan pada temujanji keempat mendapat gigi ( terutama kepada pesakit yang tidak mempunyai gigitan yang stabil)

2.Bridge
Ada org kata tanam gigi. Bridge ( atau jambatan) ini bertujuan menggantikan gigi yang telah tiada tetapi masih lagi mempunyai gigi yang bersebelahan. Seperti jambatan yang mempunyai 2 tiang, bridge memerlukan 2 gigi yang sihat dan tidak bergoyang di antara ruang yang tiada gigi itu.


bridge

kebaikan
- sangat selesa, tidak terasa seperti gigi tiruan
- warna gigi sangat lawa dan berkilat seperti gigi asli kerana diperbuat dari porselin
- tidak perlu dicabut

Keburukan
- kena kecilkan gigi bersebelahan
-harganya agak mahal . Biasanya Rm450 ke atas ( bergantung pada klinik yang anda pergi) sebatang. Jadi jika nak gantikan 1 batang gigi, kena campur 2 gigi bersebelahan = 3 batang. Jika nak ganti 2 batang gigi , campur 2 gigi bersebelahan = 4 batang dan seterusnya. Jadi harga bridge biasanya dalam RM1350 ke atas.
- Jika gigi bersebelahan yang menjadi pegangan bridge goyang, bridge boleh tanggal.
-Kena floss dibawah bridge setiap hari untuk memastikan gusi sihat, jika tidak gigi bersebelahan boleh menjadi rosak.

Proses Pembuatan
- Temujanji pertama biasanya agak lama sedikit, lebih kurang satu jam. Warna gigi akan diambil, kemudian acuan gigi diambil. Gigi bersebelahan akan dikecilkan dan acuan gigi baru diambil. Gigi sementara akan disarungkan pada gigi-gigi yang dikecilkan.
- temujanji kedua, bridge boleh disimenkan. Biasanya mengambil masa seminggu sehingga 10 hari bergantung kepada lab.

BAJET BANYAK
- jika mempunyai puluhan ribu ringgit untuk dilaburkan kepada rawatan gigi, maka implantlah pilihan terbaik.
- paling sesuai untuk menggantikan sebatang gigi yang tiada atau pun sebagai pegangan gigi palsu penuh bawah.
- sejenis skru yang dibuat dari titanium akan dibenamkan kedalam tulang dan kemudian akan disambungkan dengan crown ( harganya lain dengan harga implan)

kebaikan
- selesa.
- tiada gigi yang dikecilkan
- tulang akan terpelihara, tidak akan menjadi lebih kecil
- gigi palsu bawah tidak akan bergerak-gerak dan longgar, jadi amat selesa memakainya

keburukan
-harganya mahal dalam RM5000 satu skru. Ada jenis mini implant yang murah lagi dari implant biasa tetapi ia tidak sebagus implan biasa.
- tidak semua org sesuai untuk membuat implan. Tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak terkawal.
- proses yang agak lama untuk memastikan skru melekat dengan betul pada tulang.
- jika tulang tidak memegang implan, maka implan akan longgar dan tercabut.

Biasanya implan dibuat oleh mereka yang pakar membuatnya. Tidak semua doktor gigi boleh membuatnya. Selepas implant di masukkan ke dalam tulang, ia mengambil masa 6-9 bulan untuk bercantum sepenuhnya dengan tulang. Selepas implant sudah kukuh, barulah proses pembuatan crown akan dilakukan. Proses pembuatannya memang agak rumit.Secara amnya, gusi akan dibedah supaya boleh nampak tulang. Kemudian implan akan di skru ke tulang dan gusi ditutup semula. Pesakit kena datang beberapa kali untuk memastikan implan itu melekat dengan tulang.

Pertama kali memakai gigi palsu
Memakai gigi palsu baru mungkin mengambil masa untuk penyesuaian.
Anda mungkin mengalami :

*Perubahan pertuturan
*Kesukaran mengunyah makanan
*Pengeluaran air liur yang bertambah
*Kelainan paras rupa


Petua untuk anda:

*Mulakan makan dengan makanan yang lembut
*Makanan dipotong kecil-kecil
*Baca dengan kuat untuk beberapa hari boleh membantu masalah pertuturan. Pertuturan akan bertambah baik bila lidah dan otot mulut serasi dengan gigi palsu
*Pelekat gigi palsu dapat membantu anda dalam tempoh penyesuaian gigi palsu baru.
*Jangan pakai gigi palsu buat sementara waktu jika sakit. Bawa gigi tersebut ke klinik untuk pemeriksaan.

Bagaimanakah cara menjaga gigi palsu?

• Pegang gigi palsu dengan cermat di atas
semangkuk air atau kain. Berus dan keringkan
gigi palsu selepas makan dan sebelum tidur.
• Rendam gigi palsu dalam segelas air apabila
tidak dipakai atau apabila tidur, untuk mencegah
perubahan bentuk. Elakkan menggunakan air
panas atau air suam.
Anda juga boleh menggunakan bahan pencuci
khas gigi palsu untuk merendam dan
mencucinya.
• Jangan mengubahsuai atau membaiki sendiri
gigi palsu yang rosak atau retak. Bawalah gigi
tersebut ke klinik pergigian yang berhampiran
untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada
doktor pergigian.
• Jangan pakai gigi palsu semasa tidur.

ok..itu je yg aku dpt searh..Diharap sikit sbyk dpt gak gambaran, camne nak menggantikan gigi yg da xde. Tapi..INGAT, gigi yang dikurniakan oleh Allah xkan sama dengan sebaik manapun gigi palsu atau semahal manapun gigi palsu. Oleh yg demikian, jagalah gigi anda supaya anda boleh makan dengan rasa nikmat…:)



credit to Kementerian Kesihatan Malaysia.

0 comments: