Monday, October 04, 2010

P.A.Y.U.N.G

Entry saya hari ini sangatlah bersifat keseriusan yang melampau...Ini adalah kerana kita akan berbicara mengenai payung...Sedia payung sebelum hujan. Demikian peribahasa mengatakan. Peribahasa ini memiliki makna yang luas dan dalam, baik sebagai makna konotatif mahupun denotatif.Untuk seketika, saya sudah merasakan saya punya bakat terpendam sebagai cikgu Bahasa Melayu..Baiklah murid-murid,sebagai makna konotatif, peribahasa ini mengandung pengertian bersiap-siap sebelum kesusahan datang. Kita harus menabung sebelum menghadapi kesulitan atau sakit menghampiri diri kita. Dalam pengertian denotatif kalimat di atas bererti bahawa kita dianjurkan membawa payung sebelum datang hujan. Kerana tanpa adanya payung saat hujan dan kita sedang berada di luar rumah, maka menjadi basah adalah suatu yang pasti.

Berbicara tentang payung, mungkin sebagian orang akan menganggapnya perkara remeh, padahal banyak hal-hal besar yang sukses berawal dari hal yang kecil. Ya, contohnya payung itu. Siapa sangka benda kecil yang tidak lebih beratnya dari 1/2 kg itu memiliki manfaat yang besar. Terlebih di bulan ini, dimana musim hujan mendominasi, payung menjadi benda yang teramat berharga. Kerana tanpanya tubuh kita akan basah, dan menjadi sakit adalah hal yang teramat mungkin. Tubuh kita akan menderita demam, bersin, sakit kepala dan lain-lain. Tidak enak bukan?

Payung menjadi sesuatu yang sangat luar biasa ‘pengaruh’nya di seluruh dunia. Seiring dengan perkembangan zaman dan daya kreativiti masyarakat yang sangat tinggi.Penggunaan payung telah semakin meluas...Sebagai contoh, si cantik manis yang sangat berperasaan comel ketika menggayakan payung seperti gambar dibawah ini...









Cukop sies xentry nih??.hehehe...Adapun niat asal entry ini adalah untuk memperkenalkan payung mr froggie yang telah menambat hati saya yang kecil ini(ehem2..hati je kecik..orgnye besor..hahaha).Semoga anda terhibur dengan entry orang yang perasan cantik ini... hehehe... entry tamat...


0 comments: