Wednesday, July 28, 2010

Mantra

Mantra..satu lagi filem seram yang tengah dok tayang kat panggung la ni...kalau tgk dienyer promo mmg cam best je...wat aku ternnti2 gak la..tapi bile dah tengok..adus..hancus...ni malas nak tgk filem melayu ni...bukan nak kondem filem sendiri..tapi kalau dah team production je yg syok snd, mcm ni lah hasilnya.. hakikatnya filem tu dibuat utk tayangan org ramai yg semakin lama semakin pnd mengkritik..macam aku ni lah..hehehe....


pada dasarnya filem ni bagus sbb bawak jalan cerita yg laen dr filem2 seram yg selalu kite tgk..da bosan ngn hantu yang berselubung kain putih n sound effect yg pelik2..sampai rase jelak..tapi cerita mantra ni berkisarkan perbomohan dan penggunaan ilmu2 hitam.


Filem ini mengisahkan dendam Munzir(lakonan Zul Handy Black) terhadap Hasbie(lakonan Husnul Rahmat) kerana merampas isterinya(lakonan Ana Dahlia). Demi menuntut bela, Munzir mendalami ilmu hitam di penjara kebatinan di Penjara Pudu.Dengan bantuan pak long dia yang bekerja sebagai warden penjara, Munzir bebas daripada penjara, maka si Munzir melakukan beberapa serangan batin terhadap Hasbie. Akhirnya kedua-dua mati. Hasbie mati dibunuh Munzir, manakala Munzir dibunuh oleh satu watak hero yang muncul 3 scene sahaja dalam filem ini iaitu watak Tok Imam(lakonan Bob Lokman).

Idea & jalan cerita dah menarik cuma dirosakkan dek plot cerita yang berterabur. dari awal g dah wat aku pikir banyak..dr mula sampai abes xabes pikir..hahaha..aku konpius latar belakang cite ni pada tahun brape.70an ke 90an.pastu watak pak long si munzir ni manjang je cam tibe2 ade...xkan semua pon kebetulan..yang tok imam tu, wat pe malam2 kat kubur??adus..tu yg kite leh pikir secara luaran..kalau in detail??..banyak g..contohnye...adakah Penjara Pudu ini tidak hanya merupakan penjara untuk pesalah normal, sebaliknya ia juga adalah merupakan tempat mengurung bomoh-bomoh yang melakukan kesalahan. Ataupun sudah wujud peruntukan kehakiman di Malaysia utk menghakimi kes-kes kebatinan macam kes-kes santau, sihir, buatan orang dan perkara yang berkaitan????

kalau org kata, kritik lebih2 tu xsupport filem melayu, dorg silap la..da byk filem mlayu yg aku tgk..tapi aku still gak nak kritik hebat..ngeh3...bukan nak ckp pe..tapi filem kite masih lagi xleh nak setanding ngn filem luar..tapi xbermakna filem luar tu bagus sgt..cume bagus la dr kite..hahaha...

Hmmm....filem seram tapi org ketawa2 seronok..tu da bukan filem seram namanya..pastu filem seram melayu mst nak kena aksi kemban2 kan???...xpaham tol pemikiran pengarah filem2 mlayu ni...bagi aku...Kekuatan filem ini terletak kepada pembawaan watak Munzir dan Hasbie je.Bob Lokman pelakon komedi jadi tok imam macam xbrape sesuai..tgk muke die pon org dah nak gelak...ngeh3..Untuk filem ni aku cume leh kasi 1/5 star..1 tu pon sbb jln cite die yg agak leh tahan..

0 comments: